Wednesday, December 10, 2008

AiDiLAdHa...

Raya Aidiladha tahun ni suram dan muram... namun, aku limpahkan kesyukuran kepada Dia kerana nikmat-nikmat dunia yang telah aku kecapi selama hidupku. Aku pulang ke kampung dengan perasaan yang berbaur. Sampai di kampung, aku disambut senyuman manis ibu tercinta dan adik kecil yang semakin membesar serta abah yang hanya memandang kelegaan dek kerana anak daranya sampai ke rumah dengan selamatnya. Sehari sebelum raya, aku diperdengarkan dengan nasihat seorang ibu yang terlalu mencintai aku. Luahan hati ibu yang mahu melihat anaknya mendapat yang terbaik. Lalu, ketika itu juga aku rebah di ribanya tanda kesedihan yang amat kerana tersentuh dengan nasihat yang sering berputar dalam benak. Mungkin ini nasihat terakhirnya kerana aku tidak akan mempertikaikan lagi keputusan memilih jalan hidupku. Segalanya kuserahkan kepada bonda yang punya hati dan firasat.

"Jalan memilih ada di tangan awak, pilihlah...tapi ummi tetap dengan keputusan ummi."

Dalam hidup ada dua konsep yang mudah iaitu; nak dan tanak (mengikut kawan baik aku). Jadi, kali ini ibuku memilih "tak nak".... ya, tak nak untuk pilihan aku. Aku harap semua akan memahami keputusan itu...







Gambar-gambar masa raya haji.....

3 comments:

albanna said...

Salam.
Moga pilihan senantiasa dalam jagaan Tuhan, ALLAH S.W.T. Kerana DIA Perancang Terbaik. Yang perlu ada dalam ingatan kita ialah, 'Kita merancang, ALLAH merancang. Namun perancangan ALLAH maha baik mengatasi segala-galanya' Ingat, umi hanya ada SATU. Tidak dua mahupun tiga. Kekasih pula, pulangkan kepada buah akal untuk difikirkan. Okeh!
Selamat tidur kekasihku!
Hehe..

albanna said...

Salam kembali!
Rindunya kepada daerah kehidupan. Tempat kita membesar bersama-sama.Kita dewasa dengan pengalaman dan tunjuk ajar umiabah. Ingat lagi waktu dulu. Bila tiba musim cuti persekolahan. Rumah asyik riuh dan bingit dengan aksi hero heroin umi abah. Bergaduh sakan! Hehe..Rindu kembali. Rindu..(sambil menitiskan airmata)
Salam Kaseh buat yang disana!

-abe-

NoR NaJwA said...

lepas ni nak minta jadi cikgu kat hulu langat...hehehe....nanti kena pindah ke Serdang.