Bermulanya hidup yang tidak pasti hala tujunya... aku hanya melangkah tanpa henti dan tanpa destinasi. Kosong dan sepi adakalanya mengubat kesakitan yang menyuntik saban waktu. Cuma bertemankan hati yang terguris dek sikap dan naluri yang langsung tidak memahami hati aku. Hanya aku yang perlu memahami sekalian watak-watak yang melakonkan perwatakan mereka. Kononnya hanya aku yang bersalah dan sikap tidak matang yang masih lagi menghuni diri ini. Bagaimana ingin aku huraikan sedangkan aku sendiri tersepit dicelah kesengsaraan.... payah dan sukar untuk aku memandang ke hadapan kerana di belakangku masih ada tangan yang memerlukan. Di pundakku ada cinta pada serikandi hati ini. Malah, di mataku ada jiwa yang menunggu. Jalan mana lagi hendak aku lalui? Memang hanya aku yang patut menjawab dan hanya aku yang tahu jawapan. Semuanya aku perlu menanyakan diriku sendiri.
Salam hormat buat teman-teman yang bertanyakan blog aku yang telah aku mansuhkan. Mungkin kerana kekangan terhadap sesuatu memaksa aku melakukannya... Hidup aku semakin berubah dan aku sendiri bingung dengan hala tuju yang aku pun tidak ketahui benarkah dan patutkah aku pilih. Hidupku seperti biasa..kerja dan kelas. Tapi, sekarang aku dah tak berkhidmat di ASWARA lagi. Rindunya nak menonton teater... tak sabarnya nak menikmati pesembahan Mak Yong di MTC, 30 November 2008. Banyak kisah-kisah menarik dan tertarik yang aku lalui. Hahahaha....... kisah bersama MLM, kisah kereta aku dilanggar, kisah cinta di hari raya dan banyak lagi. Seronok dan menyeronokkan...




No comments:
Post a Comment