Sunday, December 14, 2008

SeNyUm dAn KeTaWa

Tuhan...
semalaman aku lupa bagaimana mahu ketawa dan tersenyum
tika aku sendiri berselubung sepi
menghadap dinding
melihat gambar dia yang sentiasa tersenyum
memandangku
cebisan-cebisan rindu menyelinap ke seluruh tubuh
mahu kumenjerit mencaci kerinduaan yang menyakitkan itu

bagaimana kira aku bertemunya semula?
apa yang mahu aku katakan?
aku rasakan diri ini tidak adil
memperlakukan begitu sehingga tangisnya tidak kedengaran
dek kerana kebencian yang menebal kepadaku
kata maaf pun tidak mampu lagi aku ucapkan....

kini
aku tidak mampu sendiri lagi Tuhan
kerana aku lupa bagaimana mahu ketawa dan tersenyum...

Apa yang aku harapkan maafkan aku dan kembalilah masa silamku...kerana cintaku masih di sana.

2 comments:

25tahunPada2010 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
HadSha said...

hello :) ... setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, akak tak pasti, tapi agak² je, hehe... n sedia mendengar...