Monday, April 13, 2009

AtAs SeKePiNg KeRtAs...

cikgu are u ok?
cikgu are u period?
cikgu nape eja salah?
cikgu ayat apa tu?
cikgu nape cikgu moody?

bertalu-talu pertanyaan itu mengetuk benakku yang mengkiruh. anak-anak didikku hari ini tidak puas hati melihat aku masuk ke kelas tanpa senyuman. jasadku di hadapan mereka tapi, rohku merayap tanpa aku sendiri tak bisa memanggilnya semula, selalunya, aku akan masuk dengan senyum menyapa malah akan ketawa dengan mereka. aku membiarkan pertanyaan-pertayaan itu berputar sekitar kelas. selepas memberi nota, aku berjalan setiap pejuru kelas. hanya memantau.

'cikgu tahu tak, dalam blog Alson ada gambar cikgu. best teacher.'

aku tersenyum. mungkin sedikit gembira. aku sebut setiap nama pelajar. mereka pelik. aku hanya senyum tanpa kata. aku mencadangkan kepada mereka untuk membuat persembahan nyanyian, lakonan, deklamasi puisi atau perbentangan untuk pembelajaran komsas. mereka terkejut. tampak rona gembira. aku pasti mereka gembira. mereka mula berbincang. kegembiraan mereka itulah mengingatkanku bagaimana untuk senyum semula. maka aku ketawa. tapi, aku tahu mataku masih terluka. jam 11.45 pagi, aku sendirian. mencatat dan meluahkan rasa atas sekeping kertas yang sentiasa kaku tiada nyawa. bagaimana mahu kuhadap exam malam ini? itu tidak kugusarkan. tapi, apa yang kufikirkan bagaimana mahu kutujuk wajah sedihku pada mereka yang tidak tahu apa-apa..

No comments: