dulu
janjinya mahu setia sehingga hujung nafasnya
dulu
janjinya cinta udadara tidak setanding hebat cintanya
dulu
janjinya ingin membina sebuah keluarga
dulu
janjinya tiada wanita lain di hatinya
kini
katanya aku dingin, entahlah bila...
kini
katanya penampilanku bagai orang gila
kini
katanya ibubapa pula tidak merestui cinta
itu
tandanya ingin berpisah
itu
tanda cintanya mula meresah
itu
tanda setianya berpaling arah
jadi
aku harus melepaskan dia pergi
jadi
ikutlah hatimu kerana ini pilihan sehingga mati
jadi
carilah wanita aulia bergelar isteri
jadi
carilah isteri bisa menjagamu sehingga tua
sekarang
benarkan hatiku beradu tenang
sekarang
biarkan aku menghadap Tuhan
sekarang
tidak mampu lagi untuk berperang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment