PENAT
Bangun setiap pagi sebelum subuh dan terus masak untuk dibawa bekal. keluar rumah jam 6.45 terus ke sekolah... selepas tu, mengajar sampai jam 3.30 terus ke UPM untuk kelas. habis kelas jam 11.00malam.... dari Serdang balik ke KL, aku sampai umah jam 11.30... tidur jam 12.30pagi. wah, kepenatan yang melampau. sehingga tiada masa untuk berehat sepuasnya melainkan hari minggu. itupun tak tentu. kepenatan adalah perkaran biasa dalam hidup. semua orang penat. bukan aku sahaja yang merasai nikmatnya.semua orang merasai kenikmatannya.
DENGKI
setiap hari juga kita akan menempuhi serta dikelilingi dengan orang yang dengki khianat. sememangnya kita tahu siapa dan mengapa. tetapi, kita adakala malas untuk mempedulikan sikap-sikap begitu kerna mengambil masa untuk memikirkannya. maka aku sering mendiamkan diri walau sering dipertemukan dengan manusia sebegini. tidak kiralah di dunia maya mahupun di dunia nyata sehari-harian. semestinya aku tahu dan Tuhan mempertemukan malah mengenali pendengki, tetapi mahu ketawa sendiri...
CINTA
cinta adalah takdir yang mempengaruhi hidup setiap manusia. tanpa cinta maka tidak wujudlah kita di marcapada Tuhan ini. kerana cinta segalanya wujud dan tercipta. cuba pandang sekeliling, semuanya terbina kerana keagungan cinta. jesteru, peliharalah cinta yang adala selagi boleh. cinta bukan hanya pada manusia tetapi agungkan cinta anda padaNya.
ILMU
selagi mampu, maka dapatkanlah ilmu kerana ilmu itulah amalan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment